Sewaktu Imam Abu Hanifah kecil, dia pernah ditanya oleh seorang lelaki aties(tidak percayakan tuhan).Lelaki itu mengemukakan 3 soalan iaitu:=
1. Kalau Allah itu ada di manakah Dia?
2. Setiap benda ada pemulanya.Siapakah pemula Allah?
3. Apakah yang Allah lakukan sekarang?
Lalu, dengan karamah yang Allah anugerahkan kepada beliau, dengan tenangnya beliau menjawab:=
Bagi soalan pertama, imam agung tersebut melebarkan sayap persoalan dengan soalan, "Di manakah nyawa kamu?" Lelaki ateis itu tergamam. Dapatkah anda sebagai pembaca dan penghayati merungkai persoalan beliau. Kita sedar bahawa sebagai manusia kita mempunyai nyawa dan akal, tetapi di manakah unsur-unsur tersebut? Ya, kita yakin bahawa kita sebagai manusia mempunyai akal dan nyawa tapi kita tidak dapat merungkai persoalan-persoalan tersebut kerana ia tidak tercapai oleh akal fikiran kita. Begitu juga kita perlu meyakini bahawa Allah itu ada tapi kita tidak boleh memikirkan zat-zatnya kerana fikiran kita mengehadkan ke arah tersebut.
Bagi soalan kedua, Imam Abu Hanifah menyerang balas dengan persoalan, "Apakah permulaan nombor?" Adakah anda mengatakan nombor 0 atau 1? Tapi, bagaimana pula dengan -1, -1000, -10 000 atau -1 000 000? Kita sebagai manusia mempunyai fitrah kita sendiri iaitu fenomena semula jadi sebagai manusia. Begitu juga dengan Allah. Allah mempunyai fitrahnya sendiri iaitu tiada pemula dan berlawanan dengan sifat ciptaannya. Adakah anda penggemar roti canai? Cuba bayangkan jika seorang mamak yang membuat roti canai mempunyai karakter yang sama seperti roti canainya, leper dan kekuning-kuningan. Adakah dengan itu menunjukkan kehebatan mamak tersebut?
Bagi soalan ketiga, Imam Abu Hanifah yang sewaktu itu berposisi lebih bawah daripada lelaki tersebut menukar tempat dengan lelaki itu. Lalu, beliau mengatakan inilah yang Allah lakukan sekarang iaitu menaikkan yang hak dan menurunkan yang batil.
Semoga kisah ini memberi penghayatan kepada para pembaca=)
No comments:
Post a Comment