Tiada lain yang diharap oleh orang-orang yang beriman pada 10 malam terakhir Ramadhan selain keampunan dan malam Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Namun begitu, hadiah berharga dari Allah ini bukan mudah untuk dicapai. Ia amat memerlukan 1001 usaha. Bukan semudah nak exam or quiz, malam sebelum tu baru bertungkus-lumus study (bagi yang suke study last minute). Untuk menggapainya hendaklah mendidik hati dari awal lagi. Baru-baru ni aku g Masjid al-Falah USJ9 untuk Majlis Talaqqi Sheikh Fahmi. Kat sane beliau bg formula for predicting mlm lailatul qadr (based on pengalaman ahli-ahli sufi) selain mendapat rujukan dari Ustaz Muhadir (jomtalaqqi.blogspot.com).
1) Dalam kitab Al-Jauhar al-Mauhub dan Al-Bujairami ‘ala al-Khathib ahli-ahli Sufi termasuklah Syaikh Abu Bakar al-Maghribi, Imam Al-Ghazali dan lain membuat kaedah malam Lailatul Qadr jatuh pada malam ganjil & malam Isnin/Jumaat. Maknanya:
@ 1Ramadhan (Rabu) - Lailatul Qadr 27 Ramadhan
@ 1Ramadhan (Khamis) - Lailatul Qadr 23 Ramadhan
@ 1Ramadhan (Jumaat) - Lailatul Qadr 29 Ramadhan
@ 1Ramadhan (Sabtu) - Lailatul Qadr 21 Ramadhan
@ 1Ramadhan (Ahad) - Lailatul Qadr 27 Ramadhan
@ 1Ramadhan (Isnin) - Lailatul Qadr 29 Ramadhan
@ 1Ramadhan (Selasa) - Lailatul Qadr 25 Ramadhan
p/s=boleh check sendiri
2) Dalam kitab Hasyiah Fath al-Wahhab pula disebutkan:
@ 1 Ramadhan (Ahad/Rabu) - Lailatul Qadr 29 Ramadhan
@ 1 Ramadhan (Isnin) - Lailatul Qadr 21 Ramadhan
@ 1 Ramadhan (Selasa/Jumaat) - Lailatul Qadr 27 Ramadhan
@ 1 Ramadhan (Khamis) - Lailatul Qadr 25 Ramadhan
@ 1 Ramadhan (Sabtu) - Lailatul Qadr 23 Ramadhan
Tanda-tanda:
- hujan tak lebat sangat
- cuaca tak panas sangat
- anjing tak menyalak
- pagi = suram
- murah air mata
- hiba hati
- menggeletar badan
Tanda dapat Lailatul Qadr:
- beribadat lebih lagi pada hari seterusnya
Doa Malam Lailatul Qadr:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku. Aku memohon keampunanMu, wahai Yang Maha Pengampun, dalam kehidupan, dalam kematian, aku juga memohon keampunanMu, dalam kubur aku juga memohon keampunanMu, ketika dibangkitkan aku juga memohon keampunanMu, ketika diberikan lembaran amal, aku juga memohon keampunanMu, ketika sidang perhitungan amal, aku juga memohon keampunanMu, dalam semua keadaan, aku juga memohon keampunanMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, aku memohon keampunanMu.”
Tetapi ini hanyalah ramalan sebagaimana soalan spot waktu xm tapi hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui sebagai Pemberi Rahmat.
Overall, teruskan memburu & semoga graduate dr University of Ramadhan dengan pointer yang bagus n m'dapat ALLAH's list. Tangisilah pemergian Ramadhan tahun ini kerana mungkin Ramadhan tahun ini adalah yang terakhir buat kita. Wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment